BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 7, 2010

S.O.Y.A

Entri ni buat penggemar soya bean a.k.a kacang soya (termasukla aku sendiri) hehe..

memandangkan aku dan sang laki merancang utk hidup ber3..aku pun mengambil peluang cuti 3 ari ni cari info tentang persediaan mengandung..kawin sdh setahun lebih,tp br mau belajar persediaan haha..sblm ni x bersedia ka? hehe

JADI..dalam byk2 tips tu..aku terbaca ttg kajian yg menyatakan soya tidak baik utk wanita yg merancang utk pregnant..

sbnrnya aku TIDAK la terkejut..sbb sebelum ni pun pernah dgr org ckp minum soya selalu blh mempengaruhi hormon dlm badan..tp aku belasah jak minum..xlah minum byk pn,cuma dlm seminggu tu mesti ada..kira wajib lah hehe

Ok..blk pd kajian ttg soya tu..ni ada petikan drpd artikel yg aku baca..

Sekiranya anda dan pasangan teringin untuk memiliki cahaya mata, cuba elakkan mengambil soya dan produk soya. Kajian yang dilakukan di UK pakar mendapati kandungan bahan dlm soya yang digelar genistein bertindak 'mensabotaj' sperma daripada berenang ke arah telur.

Prof Lynn Fraser berkata walaupun terdapat dos soya yang sangat sedikit pada saluran reproduktif wanita, ia sudah mencukupi untuk 'membakar' sperma. Menurut beliau, mengelakkan soya sewaktu tempoh subur wanita berupaya membantu kehamilan.

Genistein hadir dalam semua produk yang diperbuat daripada soya dan kebanyakan makanan vegeterian, begitu juga dengan makanan sejuk beku dan piza. Ia juga terkandung dalam sayur2an seperti kacang peas.

Adalah lebih baik bagi wanita utk tidak mengambil selama beberapa hari sekitar tempoh mereka sedang berovulasi.

kesimpulannya, tepaksa la aku memulakan kempen katakan Tak Nak utk soya hehe..

sekadar berkongsi maklumat..bkn memboikot ;p





No comments:

Post a Comment