BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 18, 2010

Program terakhir b'sama Warga SMKTT

Alhamdulillah..pagi tadi guru2 dan staff SMK Titingan, Tawau dapat menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini..5 ekor lembu dr Felda Sahabat Lhd Datu telah terpilih utk dikorbankan..lembu2 yang bertuah utk dikorbankan..sabarlah wahai lembu..syurga menanti mu..
lembu saya dan kawan2..lembu yg pertama dikorbankan

antara bekas pelajar yg sudi datang membantu..

apa yg penting..kerjasama..wonderpets :)

semoga ibadah korban kita diterima Allah dan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak..amin..


p/s : harap2 masih blh jumpa kemeriahan sebegini d tmpat baru nnt..



Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha


Sempena hari raya korban ni..mari sama2 kita renung2kan hikmah dan fadhilat ibadah korban..


Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)



Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Monday, November 15, 2010

Rapuh



Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, November 14, 2010

Akhirnya...

Alhamdulillah..berakhir jgk penantian encik laki hehe..thanks ya sbb doakan syg hehehe..
semlm tidur lewat sbb bedebar2 konon tggu keputusan arini..jam 1 tu sempat lg buka website eG tukar..tp result blm ada..

pagi ni..tdk sempat pun buka mata,sdh on laptop..hehe..mcm mana lah tu ya..mksdnya aku on laptop dgn mata tertutup a.k.a mamai hahaha..bgitu la lebih kurang..

masih lagi dlm keadaan mata separuh terbuka,pelan2 key in nama dan password..klik semakan pemohonan..dan ini yg keluar

riangnya rasa hati sebaik shj baca perkataan "TAHNIAH" tu =)


p/s sentiasa berdoa semoga semua urusan dipermudahkan olehNya..amin.

Dapat Pindah atau Tidak?? huhu

Semakan keputusan pertukaran guru akan keluar arini ..15 Nov..bestnya kalau dpt pindah..tp mcm tdk dpt jak..coz yg minta pindah 3 org guru..2 org tu dah kompem dpt, tp aku? sdh lah surat permohonan terang2 tulis perlu pengganti,d tambah lagi dgn tempoh berkhidmat baru 3 thn..
tipis peluang utk dpt pindah..

sedih bila tiap kali terpaksa tgk encik laki kepenatan draib ulang-alik weekend..sbb tu aku memberanikan diri utk darib Twu-Ld bila ada masa..

apa2 pun..aku yakin dgn qada dan qadar Allah..DIA sentiasa tau apa yg terbaik utk hambaNya..
cuma aku berharap akan dipinjamkan kekuatan da kesabaran dariNya utk terima apa pun keputusannya nanti..


Friday, November 12, 2010

Entri Utk Aku????

erk..sdh pukul 12 mlm..esk pagi ada meeting pkl 8, lps meeting ada date dgn kwn, mlm plak ada annual dinner..ya mlm kemuncak..ari yg dinanti2kan hehehe..semua pn mau nampak cantik dan menyerlah mlm tu..

tapi kenapa kah aku msh setia d hadapan laptop..spatutnya kena tidur awl,dpt kan rehat yg ckp..so xdalah nmpak mata panda (gelaran yg kwn2 dkt U bg utk org yg ada dark circle) hehe

sbnrnya..pg td ada org janji mau buat entri utk aku..wah..siapa ka yg sudi buat entri utk aku?? jeng!! jeng!! jd blk kerja td..smpai rmh terus menerjah laptop yg sdh ada d ats meja seakan2 mmg menanti utk diterjah oleh aku hehe..

tp tggu smpai skrg aku nda nmpak pun entri utk aku ni..blog dia pn x update2 lagi..besanya 2-3 entri kuar satu ari..smpaikan blm sempat pun aku baca entri seblmnya,sdh muncul entri2 baru hehe..hebat!! tu barulah namanya blogger tegar hehe..cik rinadorina..mana entri utk aku? ;p

p/s : pok..jan ko marah ku menagih janji ya hehe..asal update blog jak ni wakaka


Thursday, November 11, 2010

Cinta Hakiki


C.I.N.T.A..ini lah yg sentiasa dikejar dan dicari2 oleh semua org..siapa yg tdk mau mencintai, apa lagi dicintai..
Bagi org yg pernah merasai bagaimana mencintai dan dicintai oleh seseorg, tentu faham betapa indahnya cinta ni..dan betapa hbtnya kuasa cinta..





Tapi..ingat lah,jgn sampai kita jadikan cinta itu sebagai satu kehendak, yg kita cari tanpa berfikir..
Jadikan lah cinta itu sebagai satu keperluan, yg membolehkan kita menempuh hidup dengan penuh semangat..

DAN..perlu diingat, dalam keobsesan kita mencari cinta tu, kita sering terlupa cinta yg satu..iaitu cinta hakiki..

kita selalu dgr org berkata :

cinta pada manusia ,manusia akan mati..
cinta pada haiwan, haiwan juga akan mati..
cinta pada bunga, ia akan layu..
tapi cinta pada Allah itulah cinta yg hakiki.

ya..cintakan Allah adalah cinta yg sebenarnya..itulah cinta yg sejati..kerana

Cinta kasih sayangNya tidak bertepi.

p/s : sgt suka dgr lagu Rapuh, nyanyian Opick..best sgt..lagu tu ttg cinta kpdNya..



Sunday, November 7, 2010

30 perkara Tentang Wanita yg Lelaki perlu tau =)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s : copy paste dr I hate My Ex hehehe

S.O.Y.A

Entri ni buat penggemar soya bean a.k.a kacang soya (termasukla aku sendiri) hehe..

memandangkan aku dan sang laki merancang utk hidup ber3..aku pun mengambil peluang cuti 3 ari ni cari info tentang persediaan mengandung..kawin sdh setahun lebih,tp br mau belajar persediaan haha..sblm ni x bersedia ka? hehe

JADI..dalam byk2 tips tu..aku terbaca ttg kajian yg menyatakan soya tidak baik utk wanita yg merancang utk pregnant..

sbnrnya aku TIDAK la terkejut..sbb sebelum ni pun pernah dgr org ckp minum soya selalu blh mempengaruhi hormon dlm badan..tp aku belasah jak minum..xlah minum byk pn,cuma dlm seminggu tu mesti ada..kira wajib lah hehe

Ok..blk pd kajian ttg soya tu..ni ada petikan drpd artikel yg aku baca..

Sekiranya anda dan pasangan teringin untuk memiliki cahaya mata, cuba elakkan mengambil soya dan produk soya. Kajian yang dilakukan di UK pakar mendapati kandungan bahan dlm soya yang digelar genistein bertindak 'mensabotaj' sperma daripada berenang ke arah telur.

Prof Lynn Fraser berkata walaupun terdapat dos soya yang sangat sedikit pada saluran reproduktif wanita, ia sudah mencukupi untuk 'membakar' sperma. Menurut beliau, mengelakkan soya sewaktu tempoh subur wanita berupaya membantu kehamilan.

Genistein hadir dalam semua produk yang diperbuat daripada soya dan kebanyakan makanan vegeterian, begitu juga dengan makanan sejuk beku dan piza. Ia juga terkandung dalam sayur2an seperti kacang peas.

Adalah lebih baik bagi wanita utk tidak mengambil selama beberapa hari sekitar tempoh mereka sedang berovulasi.

kesimpulannya, tepaksa la aku memulakan kempen katakan Tak Nak utk soya hehe..

sekadar berkongsi maklumat..bkn memboikot ;p





Saturday, November 6, 2010

B.O.S.A.N

adoii..ni lah manusia kan..klu x dpt cuti,bkn main lg mau cuti lama..tp bila dpt cuti 3 ari terasa lama btl lah pulak..lmbt btl masa berlalu..huhh

TAPI klu Mr.laki ada sini, mesti nda terasa 3 ari berlalu..3 ari mcm 3 jam jak kali hahaha (perbandingan yg sungguh melampau ;p)

mggu lepas sdh jumpa 3 ari..insyaAllah next week baru laki saya blk hehe..rindunya :(